Penjaga gol Arsenal, David Raya mencadangkan bahawa bola baharu Liga Perdana Inggeris itu bertanggungjawab ke atas tendangan percuma menakjubkan Dominik Szoboszlai yang memenangi perlawanan untuk Liverpool.
Liverpool menewaskan Arsenal 1-0 di Anfield semalam untuk mengekalkan 100 peratus permulaan musim ini dan memberi mereka pendahuluan awal dalam perlumbaan kejuaraan.
Jaringan Szoboszlai dari jarak 32 ela melencong ke sudut kiri atas untuk memastikan tiga mata dan terdapat sedikit kritikan terhadap Raya kerana gagal menyelamatkannya.
Bercakap selepas perlawanan, penjaga gol The Gunners memuji gol itu namun turut menyatakan bahawa dia masih membiasakan diri dengan bola Puma baharu, yang mungkin menjejaskan keupayaannya untuk menampan keluar bola dari dibolosi.
"Saya belum melihatnya gol itu sekali lagi. Saya agak kecewa kerana tidak menyelamatkannya," kata pemain Sepanyol itu kepada Sky Sports.
"Saya rasa ia satu tendangan yang hebat. Saya masih ingat bola itu bergerak melencong menjauhi saya. Harap-harap, yang seterusnya saya mampu menafikannya.
“Bola baharu [Puma] berbeza dengan bola Nike jadi kami perlu menyesuaikan diri dengannya. Cengkaman berbeza, sepakan berbeza.
"Kami hanya perlu menyesuaikan diri selepas bermain dengan bola Nike selama bertahun-tahun. Ia sama untuk semua orang."
Puma adalah pembekal bola baharu untuk EPL musim ini selepas kontrak Nike berakhir awal tahun ini.

Quality free kick but maybe, just maybe, David Raya's positioning wasn't good enough, againpic.twitter.com/17ZFEJZvGu
— Triple M (@Tripple____M) September 1, 2025