Penyerang Sarawak, Bobby Gonzalez, bertekad untuk membantu pasukannya memburu tiga mata berdepan UKM FC di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, malam ini, bagi meletakkan skuad Ngap Sayot itu di kedudukan lebih selesa.
Bobby, yang sudah menyumbangkan dua gol dalam Liga Perdana musim ini, mahu mencetuskan kejayaan buat Sarawak untuk mengembalikan mereka ke Liga Super musim depan.
Sebelum ini, pemain berusia 35 tahun itu pernah membantu Sarawak ke Liga Super pada musim 2011 dan 2013.
"Kami menjalani persiapan seperti biasa dan apa yang penting dalam perlawanan malam ini adalah kami mendapatkan keputusan yang positif.
"Kami tewas dalam dua perlawanan terdahulu dan kami perlu bangkit untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata ke Kuching.
"Sebagai seorang penyerang, keutamaan saya adalah untuk menjaringkan gol, namun apa yang penting adalah kejayaan pasukan.
"Apabila pasukan ini menang, saya tidak kisah lagi tentang siapa yang menjaringkan gol," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Sarawak, Mohd Farhan Abdullah, meletakkan kepercayaan kepada anak buahnya untuk menambah kutipan mata walaupun betandang ke laman lawan akan memberikan cabaran dan tekanan buat mereka.
Bagi Farhan, Sarawak tidak boleh mengambil mudah ancaman yang akan ditampilkan UKM FC malam ini meskipun lawan itu masih belum merekodkan sebarang kemenangan.
"Kami tidak boleh memandang rendah UKM FC kerana mereka memiliki kelebihan tersendiri dan beraksi di laman sendiri.
"Kami akan melakukan persediaan terbaik untuk menghadapi mereka.
"Apa yang penting adalah kami memungut tiga mata," katanya.