Jerome Boateng gembira kembali beraksi di atas padang selepas diketepikan selama empat bulan ketika Bayern Munich melakar kemenangan 3-0 ke atas Eintracht Frankfurt dalam saingan Bundesliga, semalam.
Pertahanan skuad kebangsaan Jerman itu, yang menggantikan Javi Martinez dalam separuh masa kedua, selepas pulih daripada kecederaan otot dada, membantu pasukan untuk mengukuhkan kedudukan di takhta liga dengan kelebihan 10 mata ke atas pencabar terdekat, RB Leipzig.
Ketersediaan Boateng tiba pada tepat masanya, Bayern sudah melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dan separuh akhir DFB-Pokal.
Dengan sasaran utama adalah merangkul gelaran 'treble', perkara paling menggembirakan Boateng adalah kembali beraksi di atas padang.
"Ia merupakan sesuatu yang sangat selesa apabila memasuki perlawanan dengan jaringan 3-0," kata Boateng.Welcome back, @JB17Official! (65') #FCBSGE 3-0 pic.twitter.com/aQUbJKUgqC
— FC Bayern English (@FCBayernEN) March 11, 2017
"Saya telah berehat terlalu lama. Saya berharap untuk berada di tahap kesihatan yang baik dan cuba untuk membantu pasukan saya.
"Saya tidak memilih tarikh tertentu untuk kembali beraksi tetapi saya sentiasa memotivasikan diri saya sendiri untuk pulih dalam kadar segera. Tumpuan saya adalah untuk mendapatkan tahap terbaik saya.
Boateng tidak menyifatkan musim ini sama seperti kejayaan 'treble' yang diraih pada musim 2012-13 tetapi pemain berusia 28 tahun itu menyifatkan prestasi pasukan yang melakar kemenangan agregat 10-2 ke atas Arsenal menjadi laungan amaran kepada pesaing-pesaing The Bavarians.Finally! What a feeling to be back on the pitch! Thanks for the warm welcome at the Arena ?? #FCBSGE #jb17 @FCBayern pic.twitter.com/lsppxti2SD
— Jerome Boateng (@JB17Official) March 11, 2017
"Saya tidak kisah mengenai perkara itu. Segalanya bergantung kepada cara kami bermain, bukan apa yang berlaku pada 2013. Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam perlawanan penyingkiran."