Skip to main content

Bola Sepak

Bisa jentera serangan JDT

jdt.jpg
Jentera serangan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menghasilkan 162 gol nyata menjadi tunjang dalam memastikan kejayaan 'quadruple' musim 2023. 

Harimau Selatan meneruskan dominasi mereka dalam kancah domestik yang menyaksikan menguasai Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut, Piala FA dan Piala Malaysia selain Piala Sumbangsih dalam pembukaan musim. 

Kualiti barisan penyerang yang diketuai Bergson da Silva dengan mencetak 38 gol terbukti berkesan, malah Malaysia mempunyai permata baru menerusi Arif Aiman Hanapi dengan 24 gol untuk mengatasi Fernando Forestieri dengan kelebihan dua gol. 

 


Dalam masa sama, Corbin-Ong kekal dalam perancangan sebagai pertahanan berbahaya dengan menyumbangkan lima gol daripada 13 gol dari tonggak bahagian benteng, begitu juga dengan bek tengah, Feroz Baharudin, yang meledak satu gol dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. 

Satu lagi sejarah turut tercipta apabila anak buah Esteban Solari menjadi pasukan pertama yang mengumpul 100 gol untuk semusim Liga Super.

 

Advertisement

Must Watch Video