Skip to main content

Bola Sepak

Bintang Harimau Malaya cemerlang bantu kemenangan Deportivo Alaves

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

garces-alaves.jpg
Bintang Harimau Malaya, Facundo Garces, beraksi cemerlang ketika membantu kelabnya, Deportivo Alaves, menewaskan CD Castellon dalam aksi pramusim di Nou Estadi Municipal, Girona malam tadi.

Tonggak pertahanan negara itu beraksi selama 60 minit ketika pasukannya meraih kemenangan 2-1, di mana penyerang baru Alaves, Mariano Diaz, muncul penjaring kedua-dua gol berkenaan, masing-masing pada minit ke-58 dan 85.

Sebagai rekod, LaLiga secara rasmi telah menukar kerakyatan Garces daripada Argentina kepada Malaysia menjelang saingan musim baru ini.

Ia selepas pemain warisan negara berusia 25 tahun itu melakukan penampilan pertamanya bersama Harimau Malaya ketika menentang Vietnam dalam aksi pusingan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun lalu.

 

Advertisement

Must Watch Video