Pengurus pasukan Jerman, Oliver Bierhoff, memberi amaran mengenai keputusan terburu-buru terhadap masa depan Joachim Low selepas mereka tersingkir daripada Piala Dunia.
Juara bertahan itu tersingkir di peringkat kumpulan buat kali pertama sejak 1938 selepas menghuni tangga tercorot Kumpulan F.
Tewas kepada Mexico dan Korea Selatan -- yang diapit kemenangan dramatik ke atas Sweden -- menyaksikan Jerman meninggalkan Russia lebih awal.
Low, yang menandatangani kontrak baru hingga 2022 sebelum Piala Dunia ini, memberikan persoalan kepada semua pihak mengenai masa depannya tetapi Bierhoff memberitahu kepada Jerman supaya tidak tergesa-gesa mendapatkan sebarang keputusan.
"Situasi mengenai Low adalah sama selepas setiap kejohanan -- berjaya ataupun tidak, anda perlu memberikannya masa," katanya.
"Dia seorang jurulatih yang membuat banyak keputusan dan memikirkan banyak perkara.
"Pada hari perlawanan, anda tidak boleh meminta pendapat. Saya berasakan ramai dalam kalangan kami memilikinya sekarang.
"Tetapi pada masa ini, kami perlu mengutamakan perkara seperti menilai semua kelemahan dalam permainan dan memperbaikinya untuk perlawanan akan datang," ujarnya.