BOLA SEPAK
Beraksi di bahagian tengah peluang terbaik kekal dalam skuad utama England -- Alexander-Arnold
Trent Alexander-Arnold percaya menjadi pemain penting di jentera tengah skuad bimbingan Gareth Southgate sekaligus menjadi peluang dia untuk menyinar bersama England.
Bintang Liverpool itu cemerlang dalam peranan perayauan dalam kemenangan 4-0 kelayakan Euro 2024 Jumaat di Malta.
Jaringan menakjubkannya pada separuh masa pertama, gol kedua England berusia 24 tahun itu, menyempurnakan persembahan yang baik ketika dia turun bergandingan bersama Jordan Henderson dan Declan Rice.
Enjoyed that one ?❤️ @England pic.twitter.com/yGzGRR2E2R— Trent Alexander-Arnold (@TrentAA) June 16, 2023
Iklan
Alexander-Arnold, turun beraksi di bahagian tengah buat kali pertama ketika bertemu Andorra pada 2021, dia turut diberikan peluang ketika bersama Liverpool dan berasakan ia adalah posisi yang baik buat dia bersama England.
"Ia sememangnya satu jalan untuk beraksi bersama England," katanya.
"Satu langkah yang jelas sedang diterokai dan merupakan sesuatu yang ingin diterokai oleh pengurus dan saya mahu terokai. Ia adalah sesuatu yang mengujakan untuk masa depan dan siapa tahu?
“Bagi saya, saya mahu memastikan saya bermain sebanyak mungkin perlawanan England dan itu sentiasa menjadi pilihan, menjadikan pengurus pening kepala dalam pemilihan pasukan. Saya fikir ini adalah laluan berpotensi yang boleh kami ambil bagi membantu saya tersenarai dalam pasukan.
“Saya rasa pasti ia memberikan potensi untuk diri saya. Ia hanya mengenai meletakkan soalan dalam fikiran pengurus, mengetahui bahawa saya boleh bermain di sana dan membawa kualiti kepada permainan yang tidak dapat dilakukan oleh pemain lain."
Must-Watch Video