REAL VALLADOLID 1 REAL MADRID 4
Penyerang Real Madrid, Karim Benzema, menggesa pengkritik kelab itu supaya mengingati pencapaian mereka kebelakangan ini dan enggan melayani soalan mengenai Jose Mourinho yang disebut-sebut akan kembali ke Santiago Bernabeu.
Benzema meneruskan rentak musim ini dengan baik apabila meledak dua gol dalam babak kedua dalam kemenangan 4-1 ke atas Real Valladolid awal pagi tadi untuk mengumpul 22 gol.
Namun, Madrid bangkit daripada permulaan perlahan pada awal permainan di Jose Zorrilla itu dengan pengurus, Santiago Solari, mengesahkan kekalahan kepada Barcelona dan Ajax yang menamatkan pemburuan mereka untuk merebut gelaran utama dalam tempoh seminggu, telah menghantuinya.
"Kami tewas dalam perlawanan yang sangat penting, iaitu menentang Ajax, dan nampaknya kami tidak akan memenangi sebarang kejuaraan musim ini," kata Benzema dalam petikan yang dilaporkan Marca.
"Jangan lupa bahawa kami telah memenangi banyak gelaran dalam tahun-tahun terakhir ini. Ia sangat sukar dan penting."
Begitupun, kegagalan meraih trofi musim ini selepas menjulang empat gelaran Eropah dalam tempoh lima tahun adalah tidak baik untuk Solari dengan beberapa laporan memberi petunjuk kedudukannya mungkin akan digantikan oleh Mourinho tidak lama lagi.
"Saya berharap Solari berada di sini sehingga penghujung musim ini tetapi itu isu kelab dan saya tidak mahu membincangkannya," kata Benzema.
"Kami berdiri teguh di belakang Solari. Jika pasukan tidak bersatu hati dengan pengurus, mereka tidak akan mempamerkan aksi seperti yang kami lakukan hari ini.
"Kenapa membuat perubahan sekarang? Kami masih mempunyai 11 perlawanan lagi dan kami berharap dia akan kekal bersama kami."
Ditanya kebarangkalian Mourinho akan kembali sebagai pengurus seterusnya di Madrid, penggempur berpengalaman dari Perancis itu menjawab: "Saya tidak dapat menjawab soalan anda. Ketika ini, saya sudah mempunyai pengurus dan ini adalah isu kelab.
"Disingkirkan daripada Copa del Rey, Liga Juara-Juara (UCL) sementara kejuaraan LaLiga juga hampir mustahil untuk dicapai, ia sesuatu yang sukar.
"Bola sepak seperti itu, jadi kami perlu teruskan perjuangan dan berusaha untuk memenangi baki 11 perlawanan lagi dan menikmati permainan, ia merupakan perkara paling penting.
"Kami sentiasa dahagakan untuk menang, kami mempunyai pasukan yang hebat dan orang ramai harus lebih bersatu hati dengan kami kerana dalam bola sepak, wujud banyak perubahan."
Benzema menambah: "Saya tidak hanya tujukannya kepada peminat, malah wartawan juga. Apabila saya bercakap tentang orang, saya bercakap tentang semua orang.
"Saya tidak mengatakan bahawa wartawan perlu sentiasa berdiri di belakang kami tetapi kita tidak boleh ketepikan hakikat bahawa kami telah memenangi banyak perkara yang berbeza dan itu sesuatu yang penting. Ia sesuatu yang sukar -- setiap tahun persaingan akan menjadi semakin sukar."