Skip to main content

Bola Sepak

Benitez sahkan Shelvey terlepas aksi di Anfield

2318jonjo-shelvey.jpg
Pengurus Newcastle United, Rafael Benitez, mengesahkan Jonjo Shelvey tidak akan beraksi berdepan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bekas pemain tengah The Reds itu akan terlepas aksi di Anfield kerana mengalami kecederaan lutut, dengan Benitez masih lagi menunggu keputusan kecederaan tersebut.

Shelvey bermain 21 perlawanan EPL musim ini dan ketiadaannya memberikan impak kepada pasukan, yang berada dua mata di atas zon penyingkiran.

Islam Slimani masih lagi belum membuat penampilan bersama Newcastle selepas menyertai pasukan daripada Leicester City secara pinjaman pada Januari lalu.

"Shelvey mengalami kecederaan lutut dan tidak akan beraksi," kata Benitez.

"Kami masih lagi menunggu keputusan pegawai perubatan. Kami tidak mengetahui betapa serius kecederaan tersebut. Dia mahu menjalani latihan dan bermain tetapi kami perlu menunggu terlebih dahulu. Slimani terus berlatih dengan jurulatih kecergasan di gim," katanya. 

Benitez merupakan legenda Liverpool selepas membawa pasukan itu merangkul gelaran Liga Juara-Juara (UCL) pada tahun 2005.

"Keseluruhan pasukan kejurulatihan saya memenangi empat trofi dalam tempoh enam musim bersama Liverpool. Kami menikmati setiap minit. 

"Perkara paling utama buat saya adalah cuba untuk menang. Saya mengucapkan yang terbaik buat Liverpool. Kami perlu berusaha dalam perlawanan ini," ujarnya lagi.

Advertisement

Must Watch Video