Benfica mengesahkan bahawa mereka telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool untuk menjual Darwin Nunez.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web mereka hari ini, Berfica mendedahkan bahawa penyerang kebangsaan Uruguay itu akan ke Anfield dengan yuran perpindahan bernilai £64 juta (RM346.62 juta) dengan bayaran tambahan yang boleh mencecah £21.4 (RM115.9 juta).
Nunez menyertai Benfica daripada pasukan divisyen dua Liga Sepanyol, Almeria, pada 2020 sebelum menjaringkan 45 gol daripada 85 perlawanan, di mana 61 daripadanya sebagai kesebelasan utama buat kelab Primeira Liga itu dalam kesemua kejohanan.
Kelab itu turut memaklumkan bahawa perincian akhir kesepakatan itu kini bergantung kepada syarat peribadi di antara Nunez, wakilnya dan Liverpool.
Pemain berusia 22 tahun itu turut memperoleh kempen prolifik sepanjang musim 2021-22, di mana dia menjaringkan 34 gol daripada 41 perlawanan dalam kesemua kejohanan.

Of players with 1000+ mins, Darwin Núñez's ranking in 2021-22 across the top 6 Euro leagues in 2021-22 (?????????????????):
— The Analyst (@OptaAnalyst) June 7, 2022
np Goals/90: 1.00 (1st)
np Shots/90: 3.7 (=16th)
np xG/90: 0.69 (5th)
He also had the highest conversion rate of all players with 55+ non-pen shots (27.2%). ? pic.twitter.com/egpcS0LfZW