Skip to main content

Bola Sepak

Ben Youssef ledak gol ke-2,500 Piala Dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fakhreddine-ben-youssef.jpg
Kemenangan 2-1 Tunisia ke atas Panama dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Russia, awal pagi tadi, menyaksikan Fakhreddine Ben Youssef menjadi penjaring gol yang ke-2,500 dalam sejarah Piala Dunia.

Ben Youssef menyamakan kedudukan buat Tunisia, dengan Wahbi Khazri menjaringkan gol kemenangan untuk merakamkan kemenangan pertama mereka dalam tempoh 40 tahun.

Kemenangan itu tidak cukup buat mereka terus bersaing di Russia, dengan kekalahan kepada England dan Belgium yang telah memutlakkan nasib Tunisia dalam Kumpulan G.

Ben Youssef, bagaimanapun, bakal terpahat dalam sejarah sebagai penjaring gol yang ke-2,500 dalam saingan tertinggi bola sepak antarabangsa ini.

Jaringan pertama - Lucien Laurent - 1930

Gol pertama dalam sejarah Piala Dunia dijaringkan gole Lucien Laurent buat Perancis ketika berdepan Mexico dalam edisi pertama di Uruguay. Laurent menyempurnakan jaringan dan merekodkan namanya dalam sejarah serta membantu Perancis memenangi perlawanan 4-1. Meninggal dunia pada 2005 pada usia 97 tahun, beliau dapat menyaksikan Perancis menjulang trofi juara pada 1998 di laman sendiri.

Jaringan ke-1,000 - Rob Rensenbrink - 1978

Ia mengambil masa selama 48 tahun untuk gol yang ke-1,000 dalam Piala Dunia. Rob Rensenbrink melakukannya buat Belanda ketika berdepan Scotland. Rensenbrink membuka jaringan menerusi sepakan penalti tetapi perlawanan itu akan sentiasa diingati menerusi rembatan Archie Gemmill yang melengkapkan kebangkitan Scotland 3-2 di Mendoza.

Jaringan ke-1,500 - Claudio Caniggia - 1994

Amerika Syarikat akan menganjurkan Piala Dunia sekali lagi pada 2026 dan sewaktu kali terakhir pada 1994, Claudio Caniggia menjaringkan gol yang ke-1,500 dalam sejarah kejohanan ini. Caniggia meledak dua gol buat Argentina ketika menewaskan Nigeria 2-1. Argentina mara ke pusingan kalah mati sebelum tewas kepada Romania 3-2.

Jaringan ke-2,000 - Marcus Allback - 2006

Sweden akan berdepan England dalam suku akhir temasya Russia 2018 jika kedua-dua pasukan menang aksi pusingan kalah mati -- dan kali terakhir mereka bertemu pada 12 tahun lalu, Marcus Allback menjaringkan gol ke-2,000 dalam Piala Dunia. Skuad The Three Lions mendahului perlawanan menerusi jaringan Joe Cole sebelum Allback menyamakan kedudukan.
 

Advertisement

Must Watch Video