Skip to main content

Bola Sepak

Belum ada jawapan, FIFA tak umum keputusan rayuan FAM lagi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fifa1.jpg
Rakyat Malaysia kena 'sidai' dua malam berturut-turut. 

Debaran semakin memuncak tatkala menanti keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan isu dokumentasi sehingga dikenakan penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. 

Peminat tempatan menunggu sejak 30 Oktober, namum belum ada jawapan dan tidak senang duduk setia menunggu perkhabaran. Ada yang bersengkang mata sejak tengah malam hingga awal pagi untuk melihat keputusan tersebut. 

Dalam satu sesi sidang media FAM baru-baru ini, badan induk bola sepak negara itu melantik peguam sukan antarabangsa, Serge Vittoz, sekali gus memfailkan rayuan rasmi pada 14 Oktober lalu dalam masa sama menghormati proses yang dibuat oleh FIFA.

Vittoz menegaskan tujuan utama rayuan dibuat adalah untuk membatalkan keputusan terdahulu. Selain itu, ia juga bukan untuk menafikan kewujudan dokuman, sebaliknya memperjuangkan hak FAM sebagai organisasi yang tidak terlibat dengan pemalsuan.

Satu jawatankuasa bebas juga telah diwujudkan oleh FAM bagi menjalankan siasatan membabitkan isu ini secara dalaman, dan mengenal pasti kesilapan yang berlaku. 

Bekas ketua hakim negara, Tun Md Raus Sharif, sebagai pengerusi bertindak mengetuai badan itu  yang mana ia tidak akan membabitkan mana-mana individu dari FAM bagi memastikan proses siasatan dapat dilaksanakan secara adil, telus dan profesional.

Setakat laporan ini disiarkan, belum ada pengesahan rasmi daripada FIFA. Dijangka keputusan akan dikeluarkan dalam masa terdekat. 

Ini penting kerana ia akan menentukan hala tuju selepas ini, sama ada memihak kepada Malaysia atau berlanjutan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Teruskan bersama Stadium Astro untuk maklumat terkini!

 
Football

50% OFF Nike Mercurial Vapor 16 Club

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video