Skip to main content

Bola Sepak

Belgium perlu teruskan rentak kemenangan -- Courtois

thibautcourtois-cropped_1n14lwllv1fe81n1s3ikw30t58.jpg
Thibaut Courtois menganggap kebanggaan menjadi pertaruhan apabila Belgium dan England bertemu untuk menentukan siapa yang memenangi Kumpulan G, Piala Dunia, di Stadium Kaliningrad, Jumaat ini.

Kedua-dua pasukan sudah mengesahkan laluan ke pusingan 16, dan Roberto Martinez mendakwa Belgium mungkin membuat beberapa perubahan dengan mengambil kira kecederaan dan kemungkinan penggantungan perlawanan.

Ramai yang mendakwa bahawa menamatkan saingan kumpulan sebagai juara mungkin tiada kelebihan dengan pertemuan seterusnya sudah boleh dijangka tetapi Courtois berkata ia penting untuk terus membina momentum sepanjang kejohanan.

"Saya tidak fikir ia masalah jika kamu menamatkan saingan di tempat kedua atau pertama tetapi jika kamu mahu merasai rentak kemenangan, lebih baik untuk terus menang," katanya.

"Bagi saya, ada kebanggaan yang dipertaruhkan. Saya tidak mahu kembali ke England pada Julai dengan kekecewaan.

"Ini mengenai prestij kerana mereka mempunyai ramai pemain (berkualiti), kami tahu dan kami mempunyai ramai pemain, mereka juga tahu," katanya.

Jepun, Senegal dan Colombia kemungkinan menjadi lawan untuk Belgium dan England dalam pusingan 16 nanti.
 

Advertisement

Must Watch Video