Skip to main content

Bola Sepak

Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jese-rodriguez_1.jpg
Penyerang baru Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu selepas sah memeterai kesepakatan untuk bersama Harimau Selatan semalam.

Rodriguez merupakan seorang pemain sayap dan penyerang yang pernah mewakili skuad senior Real Madrid sebanyak 63 kali dari 2011 hingga 2016, di mana dia turut menjaringkan 13 gol sepanjang tempoh itu.

Sepanjang di Santiago Bernabeu, dia merupakan rakan sepasukan kepada bintang dunia, Cristiano Ronaldo, di mana mereka bersama-sama menjuarai dua gelaran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan satu kejuaraan Piala Dunia Kelab.

Dia kemudian berkhidmat bersama PSG sehingga 2020 dengan 12 penampilan dan satu gol sebelum dipindahkan beberapa kelab seperti Stoke City dan Real Betis.

Dalam satu kiriman media sosial sebaik diumumkan sebagai pemain baru Harimau Selatan, Rodriguez berkata: "Amat gembira untuk peluang baru yang diberikan dalam bola sepak. 

"Hari ini, saya memulakan pengembaraan baru saya di kelab terkemuka @officialjohor.

"​​Saya yakin bahawa kami akan mencapai banyak kejayaan bersama-sama. Tidak sabar untuk memulakannya."
 


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video