Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Bekas pemain import Kedah kini penolong jurulatih Kyrgyzstan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah.jpg
Bekas pemain import Kedah Darul Aman FC, Edgar Bernhardt, kini merupakan penolong ketua jurulatih skuad kebangsaan Kyrgyzstan.

Bagaimanapun, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, melaporkan bekas pemain tengah Sang Kenari itu tidak dapat menyertai skuad kebangsaan negaranya ke Bukit Jalil di sebabkan masalah peribadi.

Sebagai rekod, Edgar memperkuatkan Kedah pada 2019, di mana dia menghasilkan dua gol dan lapan bantuan jaringan daripada 20 penampilan.

Skuad negara akan bertemu Krgyzstan bagi aksi aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini.

Sudah pasti kehadiran 'ekor' Harimau Malaya diperlukan bagi menyemarakkan semangat skuad negara dalam usaha meraih kemenangan pertama saingan Kumpulan D.

Harimau Malaya seterusnya akan bertandang ke Taipei Municipal Stadium bagi perlawanan kedua menentang Taiwan berselang lima hari.
 

Advertisement

Must Watch Video