Skip to main content

Bola Sepak

Bekas jurulatih Portugal jadi sebutan bimbing Harimau Malaya

paulo-bento-090517.jpg
Spekulasi bertiup kencang mengenai calon ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan apabila bekas pengendali skuad Portugal, Paulo Bento, hangat dikaitkan untuk mengisi kerusi panas itu.

Bento yang berasal dari Lisbon, Portugal, memiliki rekod cemerlang sebagai pemain dan jurulatih.

Jurulatih berusia 48 tahun itu pernah membimbing Portugal mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Euro 2012 selain membimbing pasukan negara itu dalam Piala Dunia 2014 di Brazil.

Jawatan ketua jurulatih negara belum ada pengganti sejak Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengumumkan rombakan dalam struktur kejurulatihan negara sebaik dipilih selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam Kongres FAM Ke-53, 25 Mac lalu.

Peranan itu sebelum ini dipegang oleh Datuk Ong Kim Swe yang kini fokus dalam misi menerajui skuad B-22 negara untuk menghadapi kempen Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, dari 19 hingga 30 Ogos depan.

 

Advertisement

Must Watch Video