EPL
Bekas jurulatih England -- Eriksson meninggal dunia
Bekas jurulatih England, Sven-Goran Eriksson, meninggal dunia pada usia 76 tahun selepas disahkan menghidap barah.
Eriksson, yang mengetuai England di antara 2001 dan 2006, mengumumkan pada Januari lalu bahawa dia hanya mempunyai tempoh setahun untuk hidup selepas disahkan menghidap kanser pankreas.
Warga Sweden itu kemudiannya menjadi subjek dokumentari Amazon Prime dengan menyampaikan mesej perpisahan yang penuh emosi kepada peminat.
Iklan
"Saya harap anda akan mengingati saya sebagai seorang lelaki yang positif, cuba melakukan kesemuanya sedaya mungkin," katanya dalam dokumentari itu.
Ciao Sven. ? pic.twitter.com/CwbSNovlix— U.C. Sampdoria (@sampdoria) August 26, 2024
"Jangan sedih. senyumlah. Terima kasih untuk segala-galanya, jurulatih, pemain, orang ramai. Ia hebat. Jaga diri anda dan jaga hidup anda, dan jalani hidup anda."
Satu kenyataan yang uamg dikeluarkan oleh keluarga Eriksson malam tadi berbunyi: "Selepas sekian lama sakit, Sven Goran-Eriksson meninggal dunia pada waktu pagi di rumahnya sambil dikelilingi oleh keluarga.
Must-Watch Video