Skip to main content

Bola Sepak

Bednarek buat Arsenal tewas buat kali ketiga berturut-turut

jan-bednarek_161cztvozzavf1o3soh8verbhy.jpg
Peluang Arsenal untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan mengalami satu lagi tamparan apabila jaringan Jan Bednarek mengejutkan mereka selepas tewas 1-0 kepada Southampton.

Bednarek meletakkan tuan rumah di hadapan pada separuh masa pertama, dengan Fraser Forster menafikan deretan percubaan lawan ketika Southampton menjadi punca Arsenal mengalami kekalahan ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).



Kekalahan itu menyaksikan Arsenal kini tangga keenam dengan 51 mata di belakang Tottentham di tempat keempat sementara Man United di tempat kelima namun berkelebihan satu perlawanan.
 
 

Advertisement

Must Watch Video