Pengurus Arsenal, Mikel Arteta telah mengelak hukuman daripada Persatuan Bolasepak (FA) atas komen yang dibuatnya mengenai pengadil susulan kekalahan 1-0 bulan lalu kepada Newcastle.
Arteta mengatakan keputusan VAR untuk membenarkan gol kemenangan Magpies di St James' Park adalah "memalukan" dan "mengaibkan".
Dia kemudiannya didakwa atas salah laku.
Tetapi FA berkata bahawa pertuduhan itu tidak dibuktikan selepas perbicaraan.
"Didakwa komennya merupakan salah laku kerana mereka menghina pegawai perlawanan dan/atau memudaratkan permainan dan/atau membawa permainan itu ke dalam penghinaan," FA menambah dalam satu kenyataan.
Susulan pengumuman tersebut, Arteta sempat bergurau dalam sidang media menjelang perlawanan Arsenal menentang Brighton pada Ahad.
"[Tentang reputasi negatif terhadapnya] Tidak boleh berlaku kerana saya bebas dari dakwaan, ini adalah diri saya. Ini adalah perwatakan saya. Perasaan sayang atas pekerjaan, kelab, pemain, itu cara saya pertahankan mereka. Itu sahaja.
"Saya bukanlah individu pertama didakwa sebelum ini, mengapa nampak seperti saya satu-satunya yang didakwa.
"Tak mengapa, tapi mari kita selesaika. Saya telah didakwa, dan sekarang saya tidak didakwa. Jadi saya belum didakwa. Tidak pernah melalui FA. Tidak pernah. Jadi saya bersih." - Kata Arteta.
Arsenal bakal turun beraksi pada Ahad menentang Brighton, sepak mula jam 10.00 malam di saluran Astro Supersport 811.
Sebelum perlawanan tumpuan pada awal pagi isnin menemukan pendahulu EPL, Liverpool dan Manchester United di Anfield juga anda boleh saksikan di Astro Supersport 813 bersama legenda United, Dimitar Berbatov.

And just like that, it’s a brand new weekend of football! We will have Manchester United legend Dimitar Berbatov in the studio with us all weekend to bring you all the action! This is a matchweek you do not want to miss! #AstroEPL #PremierLeague pic.twitter.com/wu2Hh2ITfJ
— Stadium Astro ?? (@stadiumastro) December 15, 2023