Skip to main content

Bola Sepak

Bayern sisih Neuer, Muller

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

muller-nueur.jpg
Manuel Neuer dan Thomas Muller -- yang merupakan nadi Jerman sejak sedekad lalu -- sedang berjuang untuk membuktikan kecergasan mereka tatkala hanya tinggal tiga minggu lagi menjelang sepak mula Piala Dunia Qatar.

Pengurus Bayern Munich, Julian Nagelsmann, mengesahkan dalam sidang akhbar hari ini bahawa bahawa kedua-dua pemain terbabit tidak cukup cergas untuk perlawanan Bundesliga menentang Mainz.

Penjaga gol, Neuer, masih bergelut dengan dengan masalah bahu sementara pemain tengah menyerang, Muller, pula ditimpa kecederaan pinggul, dan Nagelsmann tidak pasti bilakah kedua-dua anak buahnya itu akan kembali beraksi di peringkat kelab.

Berita itu pasti akan menggusarkan pengurus Jerman, Hansi Flick, memandangkan bekas pengurus Bayern tersebut perlu memuktamadkan perancangan juara dunia empat kali itu untuk menghadapi pusingan akhir ke Qatar.

Muller hanya sempat diturunkan selama setengah jam sebagai pemain gantian dalam kemenangan 3-0 Bayern di Barcelona, kelmarin, dan pemain berusia 33 tahun itu sama sekali tidak akan mengambil risiko untuk berdepan  Mainz, selain hampir pasti tidak akan dipertaruhkan dalam pertemuan Liga Juara-Juara (UCL) dengan Inter.

"Dia sekali lagi mengalami masalah di pinggulnya, di sekitar pelvis," kata Nagelsmann. 

"Dia tidak akan dapat beraksi, mungkin juga tidak pada Selasa (awal pagi Rabu depan). Kami mungkin perlu merehatkannya selama seminggu.

"Thomas berada dalam semangat yang baik. Kami telah berunding dengan beberapa kakitangan perubatan semalam untuk cuba mendapatkan gambaran yang lebih baik tentang segala-galanya, tetapi ia masih tidak berubah.

 
"Ubat-ubatan tidak akan menghilangkan kesakitannya. Pergerakannya seperti terhalang dan sukar untuk menentukan tahap kecederaannya. Saya memutuskan adalah lebih baik meminggirkannya daripada sebarang perlawanan buat masa ini.

"Hujung minggu ini merupakan satu perlawanan yang akan menuntut kami mengerahkan segala kudrat selama 10 atau 15 minit, jadi dalam tempoh itu, kecederaannya boleh bertambah parah. Jadi kami perlu memantau perkembangannya dan bagaimana ia bertindak balas.

"Pokoknya ketika ini adalah tidak menjalankan ujian secara membuta tuli dengan berterusan demi menawarkan sedikit ruang buatnya dan lihat sejauh mana dia bertindak balas, kemudian memantau pemulihannya."


 

Advertisement

Must Watch Video