Pengurus Bayern Munich, Julian Nagelsmann, menyifatkan pergelutan Sadio Mane adalah satu yang lumrah sambil menjangkakan penggempur itu mampu menjelmakan semula sentuhan berbisanya.
Mane kurang menyerlah apabila menyumbangkan satu gol -- menang 5-0 ke atas Viktoria Köln dalam DFB-Pokal -- dalam lima perlawanan terakhir.
Begitupun, Nagelsmann percaya ia hanaya bersifat sementara berikutan baru beralih kelab.
“Dia sangat merendah diri, sedar diri apabila bermain dengan baik termasuk tidak begitu bagus,” kata pengurus berusia 35 tahun itu kepada iMiaSanMia menjelang pertemuan dengan Ausgburg, malam ini.
“Dia sangat merendah diri dan rendah hati. Dia akan kembali ke tahap terbaiknya.
"Ini adalah perkara biasa selepas berpindah. Saya menaruh kepercayaan kepadanya dan dia akan meledak banyak gol serta bantuan jaringan untuk kami.”