Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Bayern Munich tak cukup berbisa -- Nagelsmann

bayern-munich.jpg
STUTTGART 1 BAYERN 2 

Julian Nagelsmann dan Leon Goretzka menggesa Bayern Munich agar lebih tajam di depan gawang selepas bergelut dalam kemenangan 2-1 di Stuttgart, awal pagi tadi. 


Bayern mendahului permainan dengan dua gol yang meyakinkan di Arena Mercedes-Benz selepas tempoh lebih sejam permainan yang menyaksikan Eric Maxim Choupo-Moting menokok gol pembukaan Matthijs de Ligt dalam separuh masa pertama.

Pelawat, bagaimanapun, mula mengendurkan permainan mereka dan ia hampir memakan diri apabila Juan Jose Perea berhasil mengurangkan jurang gol sementara tandukan Tanguy Coulibaly sedikit tersasar dalam masa tambahan.

Walaupun masih mampu mengatasi Stuttgart, Nagelsmann mengakui Bayern hampir meranapkan usaha mereka sendiri. 

“Selepas mendahului 2-0, kami melancarkan beberapa serangan balas yang tidak kami sudahkan dengan baik,” katanya kepada Sky Sport. 



“Kami menguasai permainan tetapi jika anda bolos lewat permainan, keadaan akan kembali menjadi sukar.

"Kami perlu menyudahkan peluang yang ada dengan lebih baik lagi dan memburu gol ketiga, kemudian kami perlu membunuh perlawanan."

 

Advertisement

Must Watch Video