Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Bayern memang layak tersingkir -- Kovac

bayern_1.jpg
Ketua jurulatih Bayern Munich, Niko Kovac, berkata pasukannya sememangnya layak disingkirkan Liverpool dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di Allianz Arena, awal pagi tadi.

Ia merupakan malam yang perlu dilupakan Bayern selepas juara Bundesliga itu berdepan igauan ngeri dengan diaibkan kekalahan 1-3 di tangan Liverpool.

Selepas perlawanan pertama yang berakhir tanpa jaringan di Anfield bulan lalu, Bayern jelas bukan lawan setara buat Liverpool -- yang memastikan penyingkiran awal gergasi Eropah itu sejak edisi 2010-11.

Ditemui selepas tamat perlawanan, Kovac berkata kepada Sky Sport: "Kami berdepan lawan yang sukar dan kami perlu mengucapkan tahniah kepada Liverpool dan Jurgen Klopp.

"Mereka pasukan yang lebih baik dalam kedua-dua perlawanan dan kami memang sepatutnya kalah.

"Pihak lawan menekan kami dengan corak menyerang dan mereka meninggalkan kami tanpa sebarang ruang.

"Keadaan itu menyukarkan kami.

"Selain daripada itu, ia bukanlah hari yang baik buat kami.

"Liverpool adalah pasukan terbaik di Eropah dan mereka membuktikan kelemahan kami," katanya.

Bayern dibolosi terlalu awal di laman sendiri dengan penjaga gol, Manuel Neuer, ditewaskan Sadio Mane dalam kawasan penalti pada minit ke-26.

Jaringan sendiri Joel Matip mengembalikan peluang buat tuan rumah, namun mereka disingkirkan menerusi jaringan Virgil van Dijk dan gol kedua Mane.

Ditanya mengenai kesilapannya dalam gol pembukaan Liverpool itu, Neuer berkata," Saya mahu berdepan secara terus dengan Mane, namun sentuhannya amat menakjubkan.

"Jika dia gagal mengawalnya dengan baik, saya ada di sana (untuk menangkap bola). Dia telah melakukan aksi yang hebat.

"Jika saya kekal di kawasan saya, dia boleh ke depan untuk menghadapi situasi satu lawan satu.

"Saya sedar mengapa mereka melihat ia sebagai kesilapan saya, namun Mane telah melakukannya dengan amat baik," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video