Bayern Munich melengkapkan pembelian Lucas Hernandez daripada Atletico Madrid dengan yuran perpindahan €80 juta (RM366.4 juta).
Lucas akan menyertai gergasi Bundesliga itu bermula 1 Julai depan selepas melengkapkan klausa pelepasan dengan kontrak lima tahun di Arena Allianz.
Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu berkemungkinan tidak akan lagi mewakili Atletico selepas Bayern kini sedang dalam proses untuk memulihkan kecederaan ligamen lutut kanannya menjelang tempoh itu.
Pemain kebangsaan Perancis itu mula mencuri tumpuan Bayern sejak penghujung tahun lalu selepas dia memaparkan aksi luar biasa dalam membantu negaranya menjulang Piala Dunia.
Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic, tidak berahsia mengenai minatnya untuk mendapatkan pertahanan serba boleh itu dan cuba untuk mendapatkan pemain itu dalam jendela perpindahan Januari lalu.
Skuad The Bavarian itu gagal memeterai sebarang perjanjian pada waktu itu, namun berjaya mendapatkan pemain itu menjelang musim depan.
Salihamidzic percaya pasukannya telah berjaya mendapatkan salah satu pertahanan terbaik dunia.
"Saya amat gembira kerana dengan kemasukan Lucas, kami sudah mendapatkan salah seorang pertahanan terbaik dunia yang juga juara dunia," katanya dalam satu kenyataan.
"Lucas dapat diturunkan selaku pertahanan tengah atau kiri.
"Selain itu, dia akan meneruskan tradisi kami untuk menjadi seorang lagi pemain luar biasa Perancis yang akan memperkuatkan pasukan kami."
Mengenai kecederaan lutut Lucas, doktor pasukan Bayern, Hans-Wilhelm Muller-Wohlfahrt, berkata: "Berdasarkan pengalaman saya, Lucas akan dapat diturunkan untuk mewakili Bayern pada permulaan musim 2019-20."
Kejayaan mengikat Lucas menyaksikan Bayern akan memiliki separuh daripada pertahanan skuad juara dunia Perancis apabila Benjamin Pavard juga akan menyertai pasukan itu daripada Stuttgart.