Skip to main content

Bola Sepak

Bayern bangkit raih kemenangan tapi...

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jamal-musiala-bayern-munich_1.jpg
Bayern Munich bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan 10 pemain Augsburg 3-1 di WWK Arena awal pagi tadi.

Bagaimanapun, kemenangan itu terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila Jamal Musiala berdepan kecederaan serius dalam babak kedua.

Musiala terpaksa dikeluarkan pada minit ke-55 dan dipercayai mengalami kecederaan paha tetapi pasukan bimbingan Vincent Kompany itu berhasil mempertahankan gawang mereka untuk melebarkan pendahuluan dalam carta Bundesliga kepada sembilan mata.

Apapun, pasukan di tangga kedua, Bayer Leverkusen, berpeluang untuk mengecilkan kelebihan Bayern kepada enam mata sekiranya skuad bimbingan Xabi Alonso itu dapat menewaskan pasukan di kelompok bawahan, Heidenheim.

Dalam perlawanan berkenaan, Augsburg terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-30 sebelum Musiala menyamakan kedudukan pada minit ke-42.

Harry Kane kemudian melebarkan kelebihan Bayern dengan jaringannya pada mnit ke-60 sebelum gol sendiri Chrislain Matsima dalam waktu kecederaan melengkapkan kemenangan bergaya pelawat.
 

Advertisement

Must Watch Video