Legenda bola sepak Argentina, Gabriel Batistuta, percaya Mauro Icardi mampu untuk membuktikan seusatu yang lebih besar sambil dia menggesa bekas kapten Inter Milan itu agar memenuhi potensi sebenarnya.
Icardi telah membuktikan kedudukannya sebagai salah seorang penyerang terbaik dalam Serie A dan bola sepak dunia selepas menyertai Inter daripada Sampdoria pada 2013.
Bagaimanapun, penyerang kebangsaan Argentina itu tidak pernah beraksi sejak dilucutkan peranan kapten bulan lalu ekoran kekaburan masa depannya dengan Inter.
Ditanya tentang Icardi -- yang menjaringkan sembilan gol liga dan 15 secara keseluruhan musim ini -- Batistuta berkata: "Dia sentiasa menjaringkan gol dan mempunyai potensi besar untuk terus berkembang.
"Dia boleh membuktikan yang dia mampu untuk melakukan yang lebih hebat berbanding sekarang.
"Sebagai seorang pemain, dia boleh dikatakan sebagai penyerang yang lengkap," katanya.
Icardi kembali menyertai latihan pasukan minggu ini.
Dia tidak pernah beraksi sejak Samir Handanovic dilantik selaku kapten pasukan, bulan lalu.
Bintang yang tidak berpuas hati itu -- turut dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, Juventus dan Napoli -- mendakwa dia mengalami kecederaan walaupun pasukan perubatan Inter tidak dapat mengenal pasti sebarang isu mengenai tahap kecergasannya.
Dengan persoalan yang masih berlegar-legar mengenai punca Icardi dilucutkan daripada tugasan kapten, Pengurus Besar Inter, Giuseppe Marotta, enggan mendedahkan perkara itu.
"Dalam sebuah kelab, terdapat beberapa dinamik yang tidak boleh didedahkan kepada umum," kata Marotta.
"Keputusan itu pasti dilakukan dengan rasa bertanggungjawab.
"Kami tidak mahu menghukum sesiapa, ia adalah fakta.
"Kami sampai ke tahap itu kerana tugas kami dalam kelab ini adalah untuk melindungi jurulatih dan bertujuan untuk menghormati 'komuniti' pasukan ini. Saya tidak bercakap tentang isu Icardi.
"Jika anda mahu beraksi baik di atas padang, anda memerlukan semangat berpasukan.
"Salah satu objektif utama kelab ini adalah untuk menghormati perkara itu," katanya.