Pertahanan Borussia Dortmund, Marc Bartra, berkata waktu bermain pada awal musim Bundesliga menepati keputusannya untuk meninggalkan Barcelona.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu menyertai kelab Jerman berkenaan pada Jun, meninggalkan Barcelona buat pertama kali sejak berada bersama pasukan sejak dia berusia 11 tahun.
Pada musim terakhir Bartra bersama juara La Liga itu, dia hanya membuat 10 penampilan dalam semua pertandingan manakala bersama Dortmund, dia telah membuat 10 penampilan pada awal musim.
Pemain berusia 25 tahu itu gembira dan melihat penglibatannya di bawah skuad Thomas Tuchel sangat penting.
"Saya sangat gembira, setiap pemain mahu beraksi dan menikmati masa berada di atas padang, saya telah melakukannya bersama Dortmund," kata Bartra.
"Ia merupakan satu keputusan yang sukar buat saya untuk meninggalkan Barca. Saya telah berbincang dengan Tuchel dan niat saya berhijrah adalah untuk lebih kerap beraksi di dalam kesebelasan utama.
"Perkara yang paling penting adalah keyakinan yang diletakkan kepada saya. Tuchel memiliki prinsip yang hampir sama dengan Pep Guardiola."