Skip to main content

Bola Sepak

Barjuan pasrah nasib tidak menentu di Barcelona

fati.jpg
DYNAMO KIEV 0 BARCELONA 1 

Sergi Barjuan tidak memikirkan masa depannya sebagai pengurus sementara selepas membantu Barcelona merakam kemenangan tipis 1-0 Liga Juara-Juara (UCL) di Dynamo Kiev apabila menyerahkan kepada tuhan untuk menentukan sama ada dia masih menggalas tanggungjawab untuk pertembungan dengan Celta Vigo, Sabtu ini.


Barca menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan 16 dengan kemenangan kedua berturut-turut ke atas Dynamo sekalipun menyajikan satu persembahan yang kurang meyakinkan di Kiev, awal pagi tadi 

Jaringan hebat Ansu Fati dalam separuh masa kedua menjadi pemisah perlawanan untuk melonjak mereka ke tempat kedua Kumpulan E di sebalik spekulasi bahawa kelab itu bersedia untuk melantik legenda kelab, Xavi, sebagai pengganti Ronald Koeman.

Barca akan bertandang ke Celta hujung minggu ini tetapi Sergi tidak pasti sama ada dia masih akan mengendalikan perlawanan itu atau kembali mengetuai pasukan Barca B bertemu pasukan B Sevilla di Estadi Johan Cruyff.

"Sebelum perlawanan ini, saya berpesan kepada pemain betapa pentingnya perlawanan ini untuk kelab,” katanya. 

“Ramai pemain daripada akademi yang memahaminya. 

"Saya berusaha keras ke arah itu dan saya tidak tahu sama ada ia berkesan atau tidak. Tetapi setidak-tidaknya kami masih mampu menang.


 


"Secara peribadinya, saya di sini untuk mewakili kelab yang telah menawarkan segala-galanya kepada saya dan ia adalah sesuatu yang menakjubkan. Pemain sedar di mana mereka berada. Setiap kali apabila anda gagal mengecapi kemenangan, anda akan mula tertanya-tanya apakah yang boleh anda lakukan.

"Ia adalah soal berusaha dan apabila dinamiknya kini berubah, kami perlu memanfaatkannya. Kami perlu melihat apa yang telah kami lakukan dengan baik sambil cuba melakukannya dengan lebih baik lagi.

"Saya menangani perlawanan ini seolah-olah ia adalah pasukan yang saya bentuk. Satu-satunya cara untuk kami semua bersatu padu ialah menerusi ketenangan yang saya tonjolkan bagi meyakinkan pemain dan membantu mereka meningkat.

"Saya tidak boleh memikirkan sama ada saya akan berada di sani esok. Saya mahu membantu kelab dan melaksanakan apa yang perlu. Tiada sedikit pun keraguan dalam hal ini.

"Hari ini kami menang. Bolehlah kami berseronok sedikit. Tuhan akan menentukan sama ada saya akan menamatkan minggu ini di Vigo atau di Johan Cruyff."

Advertisement

Must Watch Video