Skip to main content

Bola Sepak

Barcelona tidak perlu jual De Jong, kata Laporta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

frenkie-de-jong.jpg
Presiden Barcelona, Joan Laporta, menegaskan bahawa Blaugrana tidak perlu menjual Frenkie de Jong kepada Manchester United untuk mengurangkan beban kewangan mereka.

Pasukan bimbingan Xavi itu baru sahaja meelanjutkan kontrak Ousmane Dembele selama dua tahun kelmarin selepas turut menandatangani Andreas Christensen dan Franck Kessie.

Raphinha menjadi pemain terbaru yang didatangkan Barca dalam jendela perpindahan kali ini, di mana proses menandatangani pemain itu daripada Leeds United dilaporkan menelan belanja €67 juta (RM300 juta).

Barca juga dilaporkan akan berusaha untuk menandatangani penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski, dalam beberapa hari ini.

Ketika pasukan itu terus mendatangkan muka baru, Blaugrana tidak dapat mendaftarkan nama-nama mereksa disebabkan undang-undang kewangan fair play.

Menurut laporan, kelab LaLiga itu perlu mencairkan aset mereka bagi menangani isu berkenaan dan De Jong antara yang dikaitkan untuk meninggalkan Camp Nou.

Awal minggu ini, United dan Barcelona dilaporkan telah bersetuju dengan kesepakatan bernilai €75 juta (RM336.37 juta) dalam urusan berkenaan.

Bagaimanapun, De Jong kelihatan masih mahu kekal di Camp Nou dan Laporta tampil berkata bahawa tiada keperluan untuk Barca menjual pemain tengah berkenaan.

"Adalah tidak benar kami terpaksa menjual Frenkie de Jong, ia tidak benar," kata Laporta dalam sidang media memperkenalkan Raphinha malam tadi.

"Xavi akan menentukan sama ada Frenkie akan bersama kami ke Amerika Syarikat (jelajah pramusim) atau tidak."


 

Advertisement

Must Watch Video