Barcelona menafikan laporan yang mendakwa bapa Neymar telah menghubungi kelab itu berhubung sebarang peluang untuk membawanya kembali daripada Paris Saint-Germain (PSG).
Neymar menyertai PSG menerusi perjanjian rekod dunia pada Ogos 2017 tetapi laporan sering mengaitkannya gagal menyesuaikan diri di ibu negara Perancis itu.
Ketua pasukan Barca, Lionel Messi, mengalu-alukan kepulangan Neymar ke pangkuan pendahulu LaLiga berkenaan dengan laporan minggu ini mendakwa ayah Neymar telah cuba mencapai kesepakatan berhubung langkah tersebut.
Ernesto Valverde menjauhkan diri daripada laporan itu manakala jurucakap kelab, Josep Vives, dalam sidang akhbar semalam menjelaskan Neymar Sr tidak menghubungi presiden kelab, Josep Maria Bartomeu.
"Yang pertama, ia tidak akan berlaku dan Neymar pergi kerana itulah yang diputuskannya. Oleh itu, kami tidak mempunyai apa-apa lagi untuk diperkatakan," kata Vives kepada wartawan.
"Kami tidak pernah bercakap tentang pemain yang mempunyai kontrak dengan kelab lain. Ketika dia memutuskan untuk meninggalkan Barca, ia sepenuhnya atas keputusannya sendiri."
Barca dilaporkan cuba menandatangani penyerang dalam jendela perpindahan bulan ini berikutan penjualan Munir El Haddadi ke Sevilla sementara situasi kewangan PSG mencetuskan cadangan bahawa Neymar akan dilepaskan.
Pada awal bulan ini, Valverde berkata sebarang tawaran kontrak kekal tidak akan dimuktamadkan dalam perpindahan kali ini dengan Jeison Murillo tiba secara pinjaman daripada Valencia untuk menangani krisis kecederaan di bahagian pertahanan.
Bagaimanapun, kewangan Barca boleh dirangsang oleh status pinjaman Paulinho di Guangzhou Evergrande yang ditukar kepada perjanjian tetap.
Vives memberitahu pemberita bahawa pasukan Liga Super China itu telah membayar yuran tersebut yang dilaporkan bernilai €42 juta (RM197.1j).
"Kami ingin menerangkan secara terperinci mengenai perpindahan bermanfaat ini," katanya.
"Namun, kami tidak boleh melakukannya kerana kami tertakluk kepada klausa perjanjian sulit dengan kelab China itu.
"Perjanjian itu luar biasa. Bukan sahaja bagus untuk pemain, bahkan untuk kelab China itu dan juga sangat baik buat Barcelona."