Skip to main content

Bola Sepak

Barcelona izin Mathieu berlatih di Lisbon

mathieu-020717.jpg
Barcelona mengumumkan bahawa pertahanan, Jeremy Mathieu, telah diberikan lampu hijau untuk menjalani latihan bersama Sporting Lisbon ketika waktu bercuti dalam usaha melancarkan proses perpindahannya ke kelab juara 18 kali Liga Primeira Portugal itu.

Mathieu hanya melakukan 12 penampilan dalam LaLiga bersama Barca dalam dua musim terakhir dan dilihat tiada dalam perancangan jurulatih yang baru dilantik, Ernesto Valverde.

Dalam satu kenyataan ringkas, pemain berusia 33 tahun itu diberi pelepasan untuk berlatih bersama Sporting Lisbon menjelang musim baru.

“Selepas ini akan wujud pihak ketiga yang akan menentukan masa depan pemain dari Perancis ini,” kata kenyataan dari laman web rasmi Barcelona.

Kali terakhir Mathieu beraksi untuk Barca adalah ketika tewas 3-0 di tangan Juventus dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Advertisement

Must Watch Video