Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Barcelona ikat khidmat Alba hingga 2024

alba.jpg
Pendahulu LaLiga, Barcelona, mengesahkan bahawa pertahanan kiri, Jordi Alba, bersetuju untuk menandatangani kontrak jangka panjang bersama Barcelona sehingga 2024.

Alba berada dalam prestasi terbaik beraksi bersama Barcelona musim ini, dengan melakukan 14 bantuan jaringan dan menjaringkan dua gol untuk membantu skuad bimbingan Ernesto Valverde itu mendahului LaLiga dengan kelebihan tujuh mata ke atas Atletico Madrid di tangga kedua.

Aksi cemerlangnya menyaksikan kelab itu menawarkan kontrak lanjutan selama lima tahun, termasuk klausa perpindahan yang bernilai EURO500 juta (RM2.3 bilion).

Alba menyertai Barca daripada Valencia pada 2012 dan telah melakukan 282 penampilan dalam semua kejohanan, memenangi empat gelaran liga, empat trofi Copa del Rey dan Liga Juara-Juara (UCL).

Pemain berusia 29 tahun itu telah menjaringkan 14 gol manakala gandingannya bersama Lionel Messi terbukti membuahkan hasil.

Sepanjang beraksi bersama, Alba telah melakukan 20 bantuan jaringan untuk Messi.

Advertisement

Must Watch Video