Skip to main content

Bola Sepak

Barcelona beri ruang Iniesta tentukan masa depannya

andres-iniest.jpg
Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde, tiada masalah menantikan Andres Iniesta memutuskan masa depannya di kelab itu.

Pemain berusia 33 tahun itu yang tampil daripada bangku simpanan untuk merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Athletic Bilbao, awal pagi tadi, menetapkan tarikh akhir 30 April ini untuk memuktamadkan keputusannya sama ada kekal atau berkelana ke luar Sepanyol.

Iniesta dilaporkan menandatangani kontrak "seumur hidup" pada awal musim ini, termasuk klausa yang membolehkannya menyertai kelab yang lebih kerdil. 

China dicadangkan sebagai destinasi utamanya, namun Valverde tiada alasan untuk mencetuskan spekulasi.

"Pada masa ini, kami perlu tunggu dan lihat," kata bos Barca itu. 

"Setakat ini, dia belum membuat apa-apa pilihan lagi. Anda tidak boleh membalut luka sebelum ditimpa kecederaan.

"Kami tahu apa yang dikemukakannya dan kami sepatutnya memiliki Iniesta untuk selama-lamanya," ujarnya lagi.

Kemenangan pada awal pagi tadi menyaksikan Barca melebarkan jurang pendahuluan LaLiga ke atas pencabar terdekat, Atletico Madrid, kepada 11 mata sambil barisan kendalian Diego Simeone itu tewas 2-1 di Villarreal.

Dengan tiket perlawanan akhir Copa del Rey menentang Sevilla sudah ditempah di samping mengesahkan tempat di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara, Valverde enggan bercakap mengenai peluang tiga kejuaraan.

"Saya tidak khuatir orang akan mula mengharapkan kami memenangi tiga kejuaraan," katanya.

"Mereka mungkin mengatakan kami mempunyai peluang untuk melakukannya tetapi ia sangat jauh.

"Untuk sampai ke tahap ini musim ini, saya fikir sekarang pemain boleh memutuskan (rehat antarabangsa) dan kembali bersedia untuk menghadapi peringkat asas yang menjadi aspirasi kami."

Advertisement

Must Watch Video