Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Barcelona akan usaha sedaya upaya julang gelaran -- Xavi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

xavi_zn4cxmaqdwzt17s5xh17kwau1.jpg
Barcelona akan berusaha sedaya upaya untuk memenangi Supercopa de Espana, dengan Xavi berkata media akan 'membunuh' dia jika dia tidak memenangi trofi musim ini.

Pasukan kendalian Xavi mendahului LaLiga dengan 41 mata daripada 16 perlawanan mereka, tiga mata di depan juara musim lalu, Real Madrid.

Ketika Blaugrana tersingkir daripada Liga Juara-Juara dalam peringkat kumpulan, mereka mempunyai peluang untuk memburu kejayaan dalam Supercopa bulan ini.

Barca, yang layak ke kejohanan empat pasukan sebagai naib juara LaLiga, akan menentang pemegang Copa del Rey, Real Betis di Arab Saudi esok, dengan Madrid menentang Valencia pada satu lagi separuh akhir.

Ditanya betapa pentingnya Supercopa kepada Barca, Xavi memberitahu, "Kami mengambil berat mengenainya, sudah tentu, dan kami bermotivasi tinggi.

"Kami mahu berada di sana sehingga Ahad dan memenangi perlawanan akhir. Ia membuatkan kami teruja. Ia akan memberikan kami ketenangan fikiran. Ia tidak akan banyak berubah sama ada kami memenanginya atau tidak, tetapi sudah tentu, menjulang gelaran adalah sasaran kami.

“Kami beringat untuk tidak melakukan kesilapan kerana Betis adalah juara bertahan. Betis adalah lawan yang sukar.

"Saya di sini untuk memenangi kejuaraan dan jika tiada gelaran musim ini anda akan membunuh (mengecam) saya."

Training session in Saudi Arabia ahead of Thursday's #BetisBarça in the Spanish Super Cup semifinal

? https://t.co/y4T6zDqzRN pic.twitter.com/DKZXw0IsJ4
— FC Barcelona (@FCBarcelona) January 11, 2023

Advertisement

Must Watch Video