Barcelona membatalkan hasrat untuk menandatangani Paul Pogba pada 2016 berikutan tidak dapat bersaing dengan Manchester United daripada segi kewangan, jelas Presiden Blaugrana, Josep Maria Bartomeu.
Pogba menyertai United daripada juara Serie A, Juventus, dengan perpindahan bernilai £89 juta (RM476j), hampir tiga tahun lalu.
Barca berharap untuk 'merampas' bintang Perancis berkenaan sebelum Pogba menuju ke Old Trafford tetapi terpaksa melupakan hasrat itu sebaik mengetahui pampasan yang perlu dibayar yang kemudiannya menjadi perpindahan termahal dunia.
Spekulasi yang mengaitkan Pogba 26, dengan gergasi LaLiga itu timbul semula musim ini dan dia akan menjadi tumpuan utama apabila Barca dan United bertemu dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), di gelanggang Manchester, awal pagi Khamis ini.
"Pada musim panas 2015, ketika itu Paul Pogba masih di Turin, kami memberitahu Juve bahawa sekiranya suatu hari kelak mereka memutuskan untuk menjual pemain tersebut, maka kami berminat," kata Bartomeu dalam temu bual dengan ESPN.
"Apabila mereka ingin menjual Pogba, mereka mengemukakan tawarannya dan ketika itu, kami tidak mampu membayar yuran perpindahan tersebut.
"Sebab itulah dia menyertai United dan dia menjadikan United bertambah baik sebagai sebuah pasukan memandangkan ketika ini, dia merupakan salah seorang bintang bola sepak dunia."
Khabar angin mengenai Pogba bakal berkelana ke Sepanyol semakin hangat diperkatakan musim ini ekoran hubungan keruhnya dengan bekas pengurus The Red Devils, Jose Mourinho.
Begitupun, Bartomeu enggan mendedahkan perbincangan mengenai kemungkinan Barca akan memperbaharui minat mereka terhadap pemenang Piala Dunia itu.
"Saya lebih suka tidak bercakap mengenai pemain daripada pasukan lain kerana saya yakin ada juga pemain Barca yang mampu meningkatkan pasukan lain," katanya.
"Apa yang saya perhatikan, United dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah membentuk pasukan yang sangat baik, pemain berbakat juga semakin menyerlah.
"Saya yakin musim depan mereka akan menjadi calon untuk merebut kejuaraan Liga Perdana tetapi tahun ini adalah Liga Juara-Juara (UCL)."