Skip to main content

Bola Sepak

Barca tanggung akibat tundukkan PSG, kalah di Deportivo

psg-win-cost-barcelona-at-depor-concedes-luis-enrique.jpg

DEPORTIVO 2 BARCELONA 1

Luis Enrique mengakui kemenangan dramatik 6-1 Barcelona ke atas Paris Saint-Germain (PSG) pada pertengahan minggu lalu menjadikan pertemuan mereka di Deportivo La Coruna dalam LaLiga lebih sukar hingga membawa kepada kekalahan 2-1, semalam.


Kemenangan dalam pertemuan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara buat Barca untuk agregat 6-5 mengesahkan kemaraan mereka ke suku akhir, tapi mereka tersembam di The Riazor kepada jaringan Alex Bergantinos buat pasukan tuan rumah.

Sebelum itu, jaringan Luis Suarez memadamkan kelebihan Deportivo daripada gol pendahuluan Joselu.

Luis Enrique percaya ia adalah amat jelas kini bahawa Barca terpaksa membayar harga yang mahal terhadap kebangkitan dramatik mereka pada Rabu lalu.

“Menyaksikan kami dalam laluan kami kepada perlawanan itu (semalam), ia jelas bahawa (mengalahkan PSG) telah menyebabkan kami menanggung akibatnya,” katanya kepada media.

“Kami tahu itu yang akan kami tanggung sebelum perlawanan (dengan Deportivo) lagi.”

Sambil Luis Enrique mengakui bahawa Barca memang menjangkakan ujian getir, dia menegaskan bahawa hanya dia dan pemain-pemainnya yang tahu betapa sukarnya untuk kembali memuncak selepas memberikan segala-galanya dalam kebangkitan dramatik Rabu lalu.

“Ia tidak sukar untuk kembali berpijak di bumi nyata (selepas menyingkirkan PSG)," katanya. "Hanya seseorang yang telah mengalami apa yang kami lakukan minggu ini yang tahu apa maknanya ini.

"Kami selaku profesional tahu betapa sukarnya untuk meraih setiap kemenangan. Tidak ada perlawanan yang mudah.

"Pasukan-pasukan di kelompok bawahan lebih berbahaya semakin lama liga berjalan. Kami perlu memiliki perjalanan yang sangat bagus untuk mencabar kejuaraan.

"Kami fikir ia akan menjadi perlawanan yang sukar selepas segala apa yang berlaku. Perlawanan terakhir sentiasa boleh memainkan peranan.

"Keghairahan lebih menjadi pilihan berbanding bersikap pesimis tapi kami sedar akan kepayahannya.

"Saya menjangkakan kesukaran yang maksimum. Saya menjangkakannya setiap minggu dan selepas Rabu lalu, ia menjadi lebih sukar.

"Pada peringkat ini dalam musim ini, berdepan pasukan-pasukan yang memerlukan mata, ia sukar. Ia sukar buat kami dan juga mana-mana pasukan sekalipun.”

Advertisement

Must Watch Video