Barcelona menafikan telah meminta kebenaran daripada Athletic Bilbao untuk berunding dengan Ernesto Valverde sebagai pengganti Luis Enrique.
Desas-desus Valverde akan mengambil alih Nou Camp bertiup kencang selepas Enrique mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini.
Semalam, laporan di Sepanyol mengatakan pegawai Barca telah membuat pendekatan awal terhadap pengurus berusia 53 tahun itu, namun juara LaLiga berkenaan telah menafikannya.
"FC Barcelona menafikan dengan keras telah meminta kebenaran daripada kelab Athletic untuk mengadakan rundingan dengan jurulatih, Ernesto Valverde," kata satu kenyataan yang dikeluarkan Barca.
"Kelab ini juga menafikan Setiausaha Teknikal, Robert Fernandez, telah menghubungi Ernesto Valverde baru-baru ini untuk mengadakan rundingan perpindahan ke FC Barcelona."
Selain jurulatih Athletic itu, Barca turut dikaitkan dengan jurulatih Real Sociedad, Eusebio Sacrista, manakala pembantu Luis Enrique, Juan Carlos Unzue, juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran.
Valverde telah disebut-sebut sebagai pengurus masa depan kelab gergasi Catalan itu sebelum pelantikan Enrique lagi.