Luis Enrique percaya Barcelona berhak untuk meraih kemenangan ke atas Borussia Monchengladbach selepas menewaskan lawannya itu 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara, kemenangan kedua mereka dalam aksi Kumpulan C.
Kelab Bundesliga itu mendahului 1-0 sebelum rehat melalui Thorgan Hazard sementara Barca terlepas beberapa peluang terbaik di Borussia-Park.
Arda Turan menyamakan kedudukan selepas rehat sebelum Gerard Pique menjaringkan gol kemenangan dengan masa perlawanan sebenar berbaki 17 minit.
"Kami menguasai babak pertama dan mencipta beberapa peluang," kata Luis Enrique dalam sidang akhbar.
"Kami tidak mencipta banyak peluang selepas separuh masa pertama tetapi secara keseluruhan, kami berhak untuk meraih kemenangan.
"Monchengladbach tidak beraksi seperti kebiasaan mereka. Kami mendapat beberapa peluang, sayangnya mereka mendahului sebelum rehat, sesuatu yang mereka bijak untuk lakukan.
"Kami bertindak balas selepas rehat dan strategi kami menghadiahkan kami kemenangan."
Pique, sementara itu, mengakui bahawa ia bukan satu perlawanan yang mudah tetapi bersetuju dengan Luis Enrique bahawa mereka layak untuk meraih kemenangan selepas mempamerkan persembahan yang baik.
"Ia adalah satu kemenangan amat penting," Pique memberitahu beIN Sports.
"Kami tahu bagaimana sukar untuk menentang Gladbach di laman mereka. Saya percaya mereka telah memenangi 14 daripada 16 perlawanan terakhir mereka dalam Bundesliga.
"Gladbach adalah pasukan yang beraksi dengan pantas. Mereka hanya mempunyai satu peluang dalam separuh masa pertama tetapi segera menjaringkan gol.
"Kami mendapat tiga atau empat peluang tetapi gagal menjaringkan gol. Kami beraksi dengan lebih baik selepas rehat, lebih banyak menguasai bola dan mencipta peluang.
"Saya berasakan kredit layak untuk diberikan kepada kami kerana aksi yang cemerlang. Kami mempamerkan persembahan yang cukup hebat."