SWEDEN 1 KOREA SELATAN 0
Sepakan penalti Andreas Granqvist yang diputuskan melalui sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) membolehkan Sweden menang 1-0 ke atas Korea Selatan dalam aksi Piala Dunia 2018 di Stadium Nizhny Novgorod, sebentar tadi.
Kemenangan itu meletakkan skuad kendalian Janne Andersson itu sebaris dengan Mexico yang melakar kejutan ke atas juara bertahan, Jerman, dalam aksi Kumpulan F, semalam.
Wakil Eropah itu mendominasi permainan sepanjang perlawanan dan dua kali dinafikan penjaga gol, Cho Hyun-woo, sebelum campur tangan dramatik VAR sejurus sejam permainan berlangsung.
Pendekatan pemain gantian, Kim Min-woo, yang membentes Viktor Claesson mengundang bantahan keras daripada pemain Sweden sehingga memaksa pengadil, Joel Aguilar, merujuk VAR untuk membuat keputusan penting berkenaan.
Korea Selatan mempamerkan prestasi mengecewakan manakala bintang utama, Son Heung-min, gagal menghadirkan sebarang ancaman sebagaimana ketika disanjung peminat Tottenham.
Sweden kini berpeluang untuk menyingkirkan Jerman, Sabtu ini, sementara Korea Selatan terdesak untuk meraih kemenangan ketika menghadapi Mexico demi menghidupkan peluang mereka untuk layak ke peringkat kalah mati.
Sweden bermula tanpa Victor Lindelof selepas pertahanan Manchester United itu jatuh sakit semalam dengan penggantinya, Pontus Jansson, dan seluruh jentera pertahanan tidak banyak diuji Korea Selatan yang rancak mengatur serangan di peringkat awal.
Pada awal permainan, Granqvist sempat dipintas Kim Young-gwon sebelum Marcus Berg mensia-siakan peluang keemasan untuk menghukum pertahanan lawan pada pertengahan permainan.
Penyerang Al Ain itu meluru untuk menyambut hantaran rendah Ola Toivonen, namun usahanya terlalu dekat dengan Cho Hyun-woo yang mengeluarkan bola dengan kakinya.
Young-gwon sekali lagi bertindak hebat selepas itu dengan mengekang usaha Berg manakala tandukan Claesson tidak menepati sasaran dalam babak pertama.
Kedua-dua pasukan saling bertukar serangan dalam tempoh enam minit pertama babak seterusnya.
Pertama, Emil Forsberg melepaskan rembatan melalui serangan balas sebelum tandukan Koo Ja-cheol ke gawang yang dikawal Robin Olsen sebaik Korea Selatan mula menemui rentak sebenar.
Tidak lama kemudian, sepakan percuma Sebastian Larsson menemui kepala Ola Toivonen, namun sekali lagi Hyun-woo berada di kedudukan tepat untuk menampannya.
Sweden kemudian meraih peluang keemasan susulan bentesan Young-gwon terhadap Claesson. Selaku pilihan yang mengejutkan untuk mengambil sepakan penalti berkenaan, ia tidak menghalang Granqvist daripada menyumbat gol antarabangsa ketujuhnya.
Menuju lewat permainan, Hwang Hee-chan melepaskan peluang hebat apabila tendangannya dari jarak 10 meter tersasar untuk membolehkan Sweden merakamkan tiga mata berharga.