Santiago Solari menegaskan Gareth Bale kekal dalam perancangannya menjelang aksi El Clasico, awal pagi esok.
Bale hanya beraksi dalam dua perlawanan LaLiga bagi tahun 2019 serta turun sebagai pemain gantian ketika tewas 3-0 dalam saingan separuh akhir kedua Copa del Rey kepada Barcelona, Rabu lalu.
Skuad bimbingan Solari itu berpeluang untuk menebus kekalahan tersebut dan merapatkan jurang sembilan mata dengan pendahulu LaLiga itu ketika menerima kunjungan mereka di Santiago Bernabeu.
Masa depan Bale menjadi perbualan sejak beberapa minggu lalu, dengan pemain skuad kebangsaan Wales itu terus mempamerkan rasa tidak puas hati, akan memainkan peranan penting buat Real pada penghujung musim ini.
"Mereka masih lagi penting," kata Solari.
"Bale telah bermain dalam setiap perlawanan sejak kembali pulih daripada kecederaan dan menjaringkan gol.
"Segalanya adalah penting, bukan sahaja kesebelasan utama dalam setiap perlawanan, gelaran diraih menerusi keseluruhan pasukan," katanya.
Solari turut mengesahkan Isco telah menjalani latihan penuh selepas pulih daripada kecederaan belakang dan bakal cergas untuk berdepan Barca.
Ketika pemain skuad kebangsaan Sepanyol itu tidak dapat diturunkan, Solari tidak teragak-agak untuk terus menggunakan khidmat Vinicius Junior.
Pemain berusia 18 tahun itu -- yang menerima panggil menyertai skuad senior Brazil minggu ini -- menjadi pemain berpengaruh buat skuad pimpinan Solari itu untuk musim ini.
"Saya mengambil positif setiap usaha yang dipamerkan oleh pemain-pemain.
"Vinicius memiliki kebolehan, kualiti, dan keazaman untuk mempelajari dan menunjukkan dia mampu menyerap tekanan dalam tempoh yang singkat."