Gareth Bale merancang untuk kekal di Real Madrid sepanjang kariernya selepas kepulangan Zinedine Zidane, demikian menurut ejen penyerang itu, Jonathan Barnett.
Pelantikan semula Zidane bagi menggantikan bekas ketua jurulatih Madrid, Santiago Solari, yang dipecat dikhabarkan akan menjadi berita buruk buat Bale.
Pemain berusia 29 tahun itu diejek penyokong Madrid selepas mengalami satu lagi kecederaan yang menyaksikan dia hanya menjaringkan tujuh gol dalam 21 penampilan LaLiga musim ini.
Ejen Bale, Barnett, yang melabel penyokong pasukan itu sebagai "amat memalukan" ekoran layanan yang diberikan terhadap pemainnya itu, menafikan Bale akan meninggalkan Madrid.
"Dia mahu kekal di sini sepanjang kariernya dan itu tidak kelihatan baik.
"Kami akan membincangkannya semula selepas ini.
"Dia akan berbincang dengan Zidane dan keputusan akan diketahui hujung musim ini," katanya kepada BBC Sport.
Bale ditandatangani Presiden Madrid, Florentino Perez, dan ketegangannya dengan Zidane dikhabarkan menjadi salah satu punca mengapa pengendali itu meninggalkan Madrid selepas memenangi tiga kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah secara berturut-turut tahun lalu.
"Gareth mahu bermain dengan cara yang berbeza manakala Zidane pula mahukan dia beraksi sebaliknya.
"Itulah punca mengapa ia terjadi dan ia semakin meruncing dari semasa ke semasa.
"Jika anda membenarkan Gareth untuk beraksi dengan cara yang digemarinya, dia akan menjadi setaraf dengan Cristiano Ronaldo.
"Dia mempunyai bakat yang luar biasa.
"Gareth masih kuat. Dia mempunyai keingginan yang tinggi dan tidak kisah dengan apa yang diperkatakan tentang dirinya.
"Ejekan seperti itu tidak akan mengganggunya, dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.
"Cuba lihat kepada rekodnya, apa yang telah dia menangi dan bagaimana dia pernah bermain.
"Dalam tempoh setahun ini, mereka telah mengejeknya, kanak-kanak itu mahu menyaksikan dia menjaringkan gol dan berkata 'Bale adalah pemain yang hebat'," tambahnya.