Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Badan bola sepak FIFA Piala Dunia kagum aksi Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

401442743_1045332159873353_5803421372073543995_n.jpeg
Susulan kemenangan dramatik Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, pastinya memberikan perhatian dan reaksi yang pelbagai daripada aspek penyokong setia skuad kebangsaan mahupun pemerhati bola sepak antarabangsa.

Turut tidak terkecuali, badan bola sepak FIFA Piala Dunia menerusi satu posting di akaun rasmi X mereka semalam, memberikan reaksi kagum dengan prestasi yang ditunjukkan oleh skuad bimbingan Kim Pan-gon. Rata-rata penyokong Malaysia dilihat turut memberikan komen pujian terhadap pasukan kebangsaan dan berharap bahawa prestasi membanggakan ini dapat diteruskan untuk baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia akan datang.

<blockquote class="twitter-tweet"><p lang="en" dir="ltr">What a game! ?</p>&mdash; FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) <a href="https://twitter.com/FIFAWorldCup/status/1725163438496739365?ref_src=twsrc%5Etfw">November 16, 2023</a></blockquote> <script async src="https://platform.twitter.com/widgets.js" charset="utf-8"></script>

Advertisement

Must Watch Video