Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Azzuddin Ahmad, tidak rela melihat perjalanan pemain tempatan terhenti di peringkat B-23 semata-mata.
Kerana sangat jelas, keutamaan untuk skuad utama kebangsaan ketika ini lebih terarah kepada pemain naturalisasi dan berdarah campuran.
Bagaimanapun, dalam masa sama ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon, membawa banyak pembaharuan dalam skuad negara menerusi pecutan segera membabitkan pilihan pemain berdarah campuran dan naturalisasi.
"Langkah jangka masa pendek ini bagus tapi dalam masa, kita patut ada semangat dan kebanggaan untuk melahirkan pemain-pemain tempatan.
"Bukan pemain tempatan kita bukan tak kuat tapi tengoklah pemain tempatan dalam skuad kebangsaan sekarang -- tidak kuat.
"Masih ramai lagi pemain tempatan di luar sana, mereka ini cuma perlu dibimbing," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Apa pun, keaslian sebuah pasukan dengan identiti Malaysia jelas semakin berkurang.
Justeru, alangkah lebih baik jika barisan pemain lebih seimbang dengan tidak membelakangi kemampuan pemain tempatan.
"Saya bimbang pemain tempatan akan terpinggir terus.
"Pemain pada masa akan datang terutama di peringkat sekolah mungkin tidak lagi nampak bahawa bola sepak bukan lagi satu profesion," katanya.
Shaiful Shamsudin
Thu Feb 15 2024