Skip to main content

Bola Sepak

Azhan sedia patahkan serangan Pahang

azhan-150417.jpg
Penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid, menanamkan tekad untuk mengekang setiap asakan Pahang demi memastikan kemenangan buat Red Giants dalam saingan Liga Super, malam ini, walaupun hakikatnya Pahang adalah bekas pasukannya.

Azhan menegaskan dia profesional dalam menjalankan tanggungjawab untuk memastikan Selangor mampu sekurang-kurangnya mencuri satu mata di negeri kelahirannya itu. 

Benar, perasaan cinta kepada tanah kelahirannya begitu menebal, namun dalam konteks tanggungjawab, Azhan tahu apa yang perlu dilakukannya. 

"Saya pernah mewakili Pahang sebelum berhijrah ke Selangor. 

"Saya tetap anak jati Pahang tetapi kali ini saya bermain untuk majikan saya, Selangor. 

"Jadi, saya mahu mempamerkan aksi terbaik," katanya. 

Azhan mahu mengulangi kemenangan ke atas Pahang musim lalu, tetapi dengan kelibat pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh, ia diakuinya bukan perkara mudah. 

Azhan sendiri, yang pernah berada di bawah kendalian Dollah ketika menyarung jersi Pahang sebelum ini, menyifatkan Dollah sebagai pengendali yang sukar dibaca, tetapi itu bukan alasan untuk dia berasa gentar di depan gawang Selangor. 

"Taktikal yang diterapkan Dollah sukar diramal, mungkin ada perubahan. 

"Berdasarkan rakaman sebelum-sebelum ini, kami akan mengatasi kelebihan Pahang dan mengambil kesempatan di atas kekurangan mereka."




 

Advertisement

Must Watch Video