Skip to main content

Bola Sepak

Augsburg pecat Baum, Lehmann

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lehmann.jpg
Augsburg menamakan Martin Schmidt sebagai pengurus baru selepas memecat bekas pemain, Manuel Baum, dan pembantu jurulatih, Jens Lehmann, serta pengarah teknikal, Stephan Schwarz.

Kelab Bundesliga itu mengambil tindakan drastik berkenaan selepas kekalahan 0-4 kepada Hoffenheim di laman sendiri yang meninggalkan mereka di tangga ke-15, hanya empat mata di atas zon penyingkiran.

"Sepanjang beberapa minggu terakhir dan bulan lalu, kami bersama-sama telah melakukan segala-galanya untuk menangani keadaan sukar," kata Pengarah Urusan Augsburg, Stefan Reuter, dalam satu kenyataan.

"Kami memutuskan langkah pemecatan demi pencapaian kesukanan yang memberangsangkan pada penghujung musim ini dan masa depan FC Augsburg."

Bekas penjaga gawang Arsenal dan Jerman, Lehmann, yang dilantik Baum pada Januari lalu, turut dilucutkan jawatannya selepas hanya melakar tiga kemenangan sepanjang tempoh kendalian mereka. 

Schmidt akan menggalas peranan itu sejak meninggalkan Wolfsburg pada Februari tahun lalu. 


 

Advertisement

Must Watch Video