Pertahanan Atletico Madrid, Juanfran, dijangka terlepas aksi pertama Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Bayer Leverkusen kerana mengalami kecederaan pangkal paha.
Analisis pegawai perubatan pasukan mendedahkan bahawa Juanfran mengalami kecederaan di bahagian pangkal paha kanan dan memerlukan dua minggu untuk pemulihan.
Juanfran mengalami kecederaan tersebut ketika membantu pasukan meraih kemenangan 3-2 ke atas Celta Vigo kelmarin.
Jika pemain berusia 32 tahun itu gagal pulih dalam kadar segera, dia berkemungkinan terlepas kunjungan Barcelona ke Vicente Calderon pada 26 Februari.PARTE MÉDICO ? @Juanfrantorres sufre una lesión muscular de grado I-II en el bíceps femoral derecho ➡️ https://t.co/tvZwfJA2au pic.twitter.com/LhYg3RKCMM
— Atlético de Madrid (@Atleti) February 13, 2017