DEPORTIVO ALAVES 0 ATLETICO MADRID 4
Diego Simeone memberikan amaran buat Barcelona bahawa pasukannya, Atletico Madrid, tidak akan mengaku kalah dalam pemburuan kejuaraan LaLiga musim ini selepas menewaskan Deportivo Alaves 4-0 di Stadium Mendizorroza, awal pagi tadi.
Atletico kembali merapatkan jurang dengan pendahulu liga itu kepada 10 mata selepas Barcelona turut meraih kemenangan 2-0 ke atas Espanyol dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.
Skuad kendalian Simeone itu disingkirkan Juventus daripada Liga Juara-Juara Eropah dan ditewaskan Athletic Bilbao dalam saingan liga sebelum waktu rehat antarabangsa baru-baru ini.
Bagaimanapun, mereka bangkit untuk membelasah pasukan yang sedang merebut kedudukan empat teratas, Alaves, hasil jaringan Saul Niguez, Diego Costa, Alvaro Morata dan Thomas Partey.
Simeone menjelaskan dia masih percaya pasukannya mampu untuk merebut kejuaraan musim ini dengan kedua-dua pasukan di tangga teratas itu akan bertemu di Camp Nou, hujung minggu depan.
"Apa yang paling melegakan adalah mereka menyedari kami mampu untuk memberikan kesukaran yang besar buat lawan," katanya selepas tamat perlawanan.
"Pada dasarnya, pemain memerlukan perlawanan seperti ini di stadium yang pihak lawan bersaing hebat.
"Keyakinan dan cara kami memenangi perlawanan ini amat menggembirakan.
"Kami tidak boleh terlupa dalam apa jua situasi dalam LaLiga, semangat bersaing merupakan lumrah kami dan kami mahu meneruskannya sehingga hembusan nafas terakhir," katanya.
Thomas melengkapkan kemenangan itu dengan jaringan gemilang pada enam minit terakhir perlawanan, yang turut menyaksikan dia mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong Alaves.
"Dia melakukan tugasnya dengan baik," kata Simeone memuji pemain tengah itu.
"Dia mempunyai kemahiran yang hebat dan masih terdapat ruang untuk terus berkembang.
"Kegembiraan sewaktu penyokong lawan meraikan jaringannya akan kekal diingatinya.
"Ia sesuatu yang patut dihargai," katanya lagi.