Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Atasi Napoli pastikan Scudetto kelapan Juventus -- Chiellini

giorgio-chiellini.jpg
Giorgio Chiellini percaya Juventus mampu mengakhiri persaingan Serie A dengan menewaskan Napoli, Ahad ini.

Pendahulu liga itu bakal bertandang ke Stadio San Paolo dengan kelebihan 13 mata selepas meraih 22 kemenangan dan tiga seri daripada 25 perlawanan.

Napoli hanya tewas sekali sejak kekalahan 3-1 kepada Juve, September lalu, tetapi tiga keputusan seri dalam lima perlawanan menyaksikan skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu semakin ketinggalan jauh kepada penyandang juara itu.

Menyedari perlawanan sengit menanti mereka, Chiellini berasakan kemenangan buat Juve akan memastikan gelaran kelapan buat pasukannya.

"Ia akan menjadi perlawanan yang penting berdepan Napoli," katanya. "Mereka telah memberikan tekanan kepada kami hingga penghujung musim.

"Kami ada memikirkan mengenai perlawanan berdepan Atletico Madrid, 12 Mac ini, tetapi tumpuan kami adalah perlawanan seterusnya dan kami mahu menjarakkan kedudukan kami dalam saingan liga.

"Ia merupakan perlawanan yang terbuka di antara kedua-dua pasukan. Saya hanya menang di San Paolo dua kali tetapi beraksi di sana sentiasa memaksa saya untuk menampilkan permainan terbaik.

"Ancelotti tahu bagaimana untuk menangani lawan yang sukar. Saya sentiasa menganggap beliau dan Napoli sebagai lawan yang berkualiti dan kejayaan semakin menghampiri mereka."
 

Advertisement

Must Watch Video