Tonggak tengah Penang FC, Asnan Ahmad atau diberi jolokan nama, 'Cikgu Nan' sah tinggalkan pasukan Harimau Kumbang untuk musim 2024/2025.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi dalam aplikasi X, menyatakan Sri Pahang FC bakal menjadi destinasi seterusnya buat pemain kelahiran Kedah itu.
Asnan yang berkhidmat bersama Penang selama semusim itu mempunyai 35 penampilan dalam semua kejohanan termasuk berjaya merekodkan satu bantuan jaringan dalam saingan Piala FA.

? Tonggak tengah, Asnan Ahmad atau Cikgu Nan ucap selamat tinggal kepada Penang FC selepas semusim berbakti bersama Harimau Kumbang.
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) January 8, 2024
Difahamkan, Sri Pahang FC bakal jadi destinasi seterusnya buat pemain kelahiran Pendang, Kedah itu. ?? ? ⏳@ASTROARENA