Marco Asensio tidak dapat membayangkan Real Madrid tanpa Cristiano Ronaldo selepas bintang Portugal itu memberikan bayangan bahawa dia bakal meninggalkan Santiago Bernabeu.
Selepas menjulang trofi Liga Juara-Juara (UCL) buat kali kelima dengan kemenangan ke atas Liverpool bulan lalu, Ronaldo secara terbuka mendedahkan masa depannya bersama Real masih tidak terjamin.
"Kami akan berbincang mengenai masa depan. Ia merupakan sesuatu yang indah bermain untuk Real. Saya akan memberikan maklum balas mengenai masa depan saya," kata Ronaldo.
Ulasannya itu ditepis oleh rakan sepasukan, Karim Benzema dan Marcelo, tetapi berita itu merupakan sesuatu yang mendatangkan kerisauan kepada Asensio.
"Saya tidak dapat membayangkan tidak bergandingan dengan Ronaldo," katanya.
"Dia merupakan pemain yang penting buat kami dan Real."
Ketika masa depan Ronaldo terus menjadi teka-teki, Asensio perlu meneruskan kehidupan di Madrid tanpa kelibat pengendali pasukan, Zinedine Zidane, yang telah mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan selepas menjulang kejayaan di Kiev.
"Peletakan jawatan Zidane merupakan satu kejutan buat kami, beliau telah banyak memberikan ilmu serta pengalaman yang berguna."